KISAH SERAM UUM

Hi, para pembaca sekalian, hari ini saya ingin berkongsi tentang kisah seram di UUM yang pernah saya alami sendiri sepanjang hampir 2 tahun tempoh pengajian.

Pasti kalian tidak sabar kan untuk tahu bagaimanakah kisah seram yang dimaksudkan saya itu..? Nah, makanya stay tuned untuk baca sampai habis ya..

(KISAH SERAM DI INASIS)
Bulan 9 2017 (lupa tarikh sebenar), saya ditempatkan di inasis kedua paling jauh dari UUM. Mungkin dek kerana nama saya yang bermula dari huruf “U” mungkin. Sewaktu orientasi, saya juga terpilih untuk menghuni blok paling atas dan paling hujung, iaitu blok H. Amat memenatkan bagi saya kerana untuk sampai ke blok itu saya perlu mengharungi 2 tangga besar. Tambahan pula aku dapat bilik di tingkat 2. Dalam hati (takpe la mungkin lepas ni dapat kurus bila naik banyak tangga ni walaupun penat). Tak mengapalah, lagipun dapat roommate yang memahami dan baik orangnya. Rasa happy jer bila duk blok tu. Sempat juga la merasai tidur di blok H hampir seminggu (minggu orientasi) lagipun dapat pula jiran-jiran yang baik, satu negeri so rasa tak adalah kekok sangat bila nak bercakap dan nak kemana-mana tu. Haih.

(KISAH SERAM MINGGU ORIENTASI)
Sehari sebelum orientasi tamat, kami (warga blok H) diminta untuk berpindah ke blok sebelah, iaitu blok G. Malam tu selepas aktiviti orientasi, kami ada rocoll (tempat sesi berkumpul di kafe inasis untuk pembahagian kunci bilik baru). Lebih kurang pukul 12 malam tamat sesi pembahagian kunci. Dan, lama punya tunggu nama aku hampir last, dan dukacita dimaklumkan bahawa aku dan ex roommate aku tak sebilik lagi dan kali ini aku sebilik dengan budak negeri Perlis kos sama dengan ex roommate aku dulu.

Setelah selesai pembahagian kunci bilik, kami diarahkan untuk kosongkan bilik lama (blok H) sebelum esok, dan esok adalah hari last orientasi kami, dan aktiviti paling awal untuk esok tu adalah jam 08.00 pagi. So, terpaksalah kami memindahkan barang-barang kami malam ini (hari kejadian) dek kerana barang kami banyak (first day masuk IPT faham-faham sendirilah semua nak bawa hahaha). So, kami (warga blok H) memang boleh dikatakan setengah dari kami tak sempat tidur dek kerana pindah randah malam tu sehingga selesai lebih kurang lingkungan jam 4 pagi. Aku dan ex roommate memang berpisah terus lepas kemas bilik lama kami malam tu, dia bilik lain dan aku bilik lain, kami angkut barang masing-masing dan sebelum aku angkut barang aku survey dulu bilik aku aras 3 wing mana, lepas survey bilik kat mana baru aku angkat semua barang. First aku masuk blok G seriau bulu roma tak tahu kenapa (mungkin sebab malam buta kot walaupun ada orang lain juga sedang angkut barang-barang di tingkat 1. Then, aku naik ke tingkat 3, ternyata memang aku sorang je yang tengah angkut barang di tingkat 3 waktu tu, dah la bilik aku hampir hujung bangunan. Untuk pengetahuan, bilik aku di blok G tu di dekat dengan pam air. Setelah angkut barang beberapa kali naik tak pernah pun aku terserempak dengan orang-orang di tingkat 3 wing tu, dalam fikiran aku maybe mereka nak angkut esok lepas subuh kot dek kerana dah penat dengan aktiviti tadi dan mungkin barang mereka tak banyak. Waktu aku last angkut barang aku untuk yang ke akhir kali, roommate aku pun datang angkut barang dia, sempat jugalah kami berhai hai bertegur sepatah dua walapun dah penat. Aku ingatkan dia angkut barang dan nak tidur bilik baru malam ni, rupanya dia letak je barang malam ni dan start tidur bilik tu mulai esok. So, aku tido keseorangan malam tu. Hampir pukul 05.00 pagi aku baru nak lelapkan mata (dalam hati sempat kot tido sekejap sebab haritu aku uzur syarie so takpe la tak bangun subuh dan berniat nak bangun lambat sikit. Hahaha).

Baru nak lelap nak tutup mata bunyi macam ada orang ketuk pintu kat depan (tak pasti bilik aku ke bilik sebelah tapi rasa macam dekat sangat, ketukan tu makin lama makin kuat, nak je aku tengok siapa yang gatal nak mengetuk pagi-pagi buta ni, hmm aku berhusnudzon mungkin orang tarik beg kot) dan aku sambung tidur. Tak lama kemudian area 5 lebih kot, angin yang kuat datang dari arah jendela tingkap bilik aku, terfikir juga sebenarnya angin datang dari mana sebab waktu tu kami tak buka tingkap (hmm lalu aku berhusnudzon lagi mungkin hari hendak hujan). Sebaik sahaja aku nak tidur lagi, bunyi yang tak tahu bunyi apa berdentang kuat area blok tu (taktahu pulak sama ada aku sorang je ke yang dengar bunyi tu, tak bercerita dan tak tanya pun kawan-kawan lain esok harinya). Selesai kisah seram untuk minggu orientasi.


Waktu ni aku baru lagi, yela first time masuk universiti, walaupun dah pernah berpisah dengan mak sebelum ni kerana dulu aku aktif kokurikulum (Pengakap) selalu outing pergi kem, jamboree merata, tinggal mak dekat rumah. Walaupun begitu, setiap hari aku tak pernah lupakan dia, ada saja aku call dia sepanjang hari aku, bagi aku kredit topup tu apalah sangat walapun aku tahu ia bukannya murah kalau nak bercakap berjam-jam. Tapi bagi aku, kalau aku tak berapa cukup duit aku akan call mak sekejap je, mungkin dalam 10 ke 15 minit sehari cukuplah sekadar untuk bertanya khabar dan buat dia bangga ada anak macam aku (bukan nak riak ya, kongsi pengalaman hehehe). Okay, kalau waktu aku sekolah dulu pun aku tak pernah lupakan dia, inikan pula bila dah ke menara gading kan..? Haa mestilah aku call, mak aku kot. Tapi, waktunya agak berbeza sikit la, kalau dulu aku call mak pagi-pagi lepas subuh sebelum mulakan aktiviti kawad pagi tu, tapi sekarang (sem 1) aku cenderung call mak aku time malam, selalunya tu waktu freetime aku lepas study or buat assignment la, around 11.00 malam or lebih.

Ini ada satu cerita, waktu ni kalau tak silap hampir pertengahan sem kot sebelum midsem, ya waktu ni memang aku kalut dan sibuk sangat, makan minum tak terurus, tapi call mak tu perlu. Selalunya aku akan call mak aku luar bilik kat beranda hujung aras selalunya taknak bagi roommate rasa tak selesa sebab aku tahu bila dah aku cakap dengan mak memang lama, kadang makan masa 5 jam (yela maklumlah sekarang ambil course IT so tak adalah bodoh sangat IT macam dulu hahaha). So, kadang sampai 5 jam aku kat beranda luar semata walkie talkie dengan ummi ditemani bintang dan pemandangan tangki air dan rumah api. Dan waktu tu pukul 1.15 pagi baru aku sempat nak call ummi, sem 1 kalut sikit sebab nak faham programming dan banyak assignment yang nak kena submit dan dek kerana aku tak ada asas coding dan ia amat sukar bagi aku so terpaksalah ambil masa yang lama untuk siapkan benda alah ni. Lepas submit semua assignment baru sempat nak call ummi sebab madam hanya buka submission sebelum tepat 12 malam so sebelum tu bertungkus lumus la pulun sampai submit. Jam 1.15 baru call ummi, rasanya pada haritu aku walkie talkie sekejap je kot sebelum pukul 3.00 pagi. Memang perasan aku sorang je kat luar waktu tu, mungkin ada lagi yang belum tidur tapi mereka buat kerja dalam bilik, hanya tinggal aku, phone, ummi dan bunyi cengekerik. Jarak aku lepak sekarang lingkungan 10 bilik dari bilik aku, sebab beranda ni di hujung aras dan sebelah tandas dan ampaian. Sedang syok bercakap berbual hal kampung dsb dengan ummi, tetiba terdetak bunyi orang ketawa terbahak-bahak bunyi dari atas kepala aku (dalam fikiran aku mungkin orang bilik atas kot hilangkan stress dengan cara bergurau senda ataupun sedang bercakap dengan someone). Aku pedulikan suara hilaian itu lalu terus sambung cakap dengan phone. Tak lama kemudian, aku bunyi pula suara tapak kaki orang pijak lantai naik tangga, around 20 minit juga bunyi tu (tertanya-tanya juga aku dari manakah orang itu, dari atas hendak turun kebawah atau dari bawah hendak naik ke atas, sebab aku berada di tingkat 3). Lama punya tunggu tak juga muncul-muncul orang yang ditunggu itu. Lalu, setelah 2 peristiwa itu berlaku, bulu roma aku sudah mulai seriau, so, apa lagi, aku caaaaaaaaaaaabbbbuuuuuuuttt la. Dengan pantas aku berlari menuju ke bilik aku.

Pada satu masa tu, dekat nak final, memang aku dan roommate stayback sampai pagi, dia ada kerja yang perlu disiapkan, aku pula study programming kalau tak silap waktu tu, around 2 pagi pun masih tak tidur, dan aku pula nak ke tandas malam-malam macamni, so aku pergilah sorang ke tandas, tak adalah jauh, jarak 10 bilik je, lagipun bagi aku tak ada apalah sebab roommate pun tak tidur lagi, aku tak ajak dia teman, sebab ni bangunan je, bukan macam tempat kem, lagipun aku tak suka susahkan orang, selagi boleh buat sorang aku buat, so aku pergilah. Kat tandas tu tak ada orang time aku masuk. Tiba-tiba bila aku flush bunyi macam air paip orang mandi kat sebelah tu sambil nyanyi lagu siam. Aku buat taktahu je la. Tapi seriau juga la, tipu kalau cakap tak seriau kan, dah la sesorang hahaha. Then, aku pun buka pintu toilet, sebaik sahaja aku buka pintu toilet, angin dan macam nak ribut dalam tandas tu, tetiba ada sorang perempuan masuk, berbaju putih, rambut panjang, masuk macam angin lalu tepi aku, waktu tu dah memang seriau tak boleh bincang la, aku sempat terpandang mata dia, memang mata mayat dan aku yakin dia bukan orang. Tak pula aku perasan kaki dia. Aku pun cepat-cepat berlalu pergi sambil baca ayat kursi, aku lari kecut perut sampai terjatuh dan lutut aku luka sebab tersesek bucu bangunan. Sebaik sahaja sampai di bilik, roommate terkejut lalu dia tanya kenapa, aku terdiam kaku tak terkata. Then at last aku cakap “tak ada apa”. Aku langsung tak cerita kat dia apa yang sedang berlaku. Tak lama kemudian, aku memang dah nak tutup buku dek kerana kejadian tadi memang meremang tak hilang lagi. Niat dihati lepas balik toilet nak sambung study tapi nampaknya kelaut. Then, waktu aku siap-siap nak tutup buku, roommate masih dengan assignment dia, gegaran entah dari mana menghantui bilik kami, gegaran macam bangunan (bilik) kami nak runtuh, sempat aku berpegang pada katil risau takut bangunan betul-betul runtuh dan angin yang sama datang dari tingkap bilik kami (ini logik sebab kami buka tingkap dek kerana panas sangat bilik tu tak ada ruang udara). Angin dan gegaran tu makin lama makin rasa macam tak selamat, aku dan roommate berpaling sesama sendiri, lalu kami ambil surah yassin dan baca bersama, selepas beberapa minit, bilik kembali normal dan aku tanya roommate, Zati (bukan nama sebenar) rasa tak apa yang Dhia (bukan nama sebenar) rasa..? Lalu dia mengangguk iya. Aku pun diam tak bersuara.

Kejadian last yang berlaku di blok G waktu sem 1, dekat final juga kalau tak silap, yang ni tak adalah menakutkan pun tapi tertanya-tanya juga lah. Hahaha. Setahu aku, bilik sebelah kanan aku tak ada penghuni, sebelah kiri bilik kawan baik aku. Then, satu hari tu, tiba-tiba bau calok dari bilik aku, setelah buka pintu bilik, kelihatan ada beberapa puntung calok di tepi bilik aku (berdekatan rak kasut aku). Tertanya juga aku, siapa punya ni, ke ada orang dalam bilik ni..? Sebab setahu aku sepanjang aku kat sini tak pernah tengok penghuni bilik sebelah, samada ke tandas mahupun kekelas. Bilik tu memang kosong. Sekian kisah seram ringkas sem 1.


Sem 2 ni aku dah pindah blok sebab ada komplikasi dengan roommate lama, so aku ditukarkan ke blok D, sangat jauh dari blok G, so bagi aku alhamdulillah nasib baik juga, ingatkan nak tukar roommate je, tapi tak tahu pula sehingga tertukar blok sekali. Tak apalah, mungkin itu yang terbaik bagi aku, first day check in sem 2 dah penat nak angkut barang dari blok G ke blok D, yela, blok ni berjauhan dan blok lama aku aras 3 wing B so hujung tanduk nak angkut hahaha tapi lucky aku datang awal ke UUM waktu tu so tak adalah rushing sangat nak angkut barang sekaligus.

Alhamdulillah blok D okay sikit la bagi aku. Seram tu tak ada sangat la tapi bagi aku sikit-sikit tu ada juga kot sebab bukan tak ada langsung. Itu bohong..!! Hahaha. Okay la, first waktu mak aku hantar aku check in kat sini waktu nak masuk blok tu ada nampak kucing hitam, pandang je aku dengan muka scary la jugak hahaha then aku pantang jumpa kucing, harusnya ditegurnya hahaha. dah berapa kali mak pesan bukan nak dengar, still jugak still jugak hahaha. Then, dia pun mengiau balik lalu ikut aku dan mak angkut barang-barang aku (manja kan aku, sampai umur 20an pun still mak angkutkan lagi barang hahaha). Lepas angkut semua barang-barang aku, kucing tu still ada dalam bilik aku, kacau aku kemas bilik, dan waktu tu ada nasi bungkus mak sediakan untuk aku risau takut lapar, so kongsi dengan dia (kucing). Dia makan taklah banyak sangat, waktu hari aku datang tu aku sorang je paling awal, so bertemankan kucing hitam tu la, mak aku namakan dia Peon (nama sebenar Mohd Haspeon Kamaruzi hahaha aku je yang tambah nak bagi lawo). Sebelum mak balik, mak sempat pesan pada peon suruh tengokkan aku dan jaga aku baik-baik. Halahaiii mak buat lawak, buat sedih like want to cry ah. Hahaha (macamlah anak dia ni tak pandai jaga diri kan). Okay, lepas mak aku balik, aku admit, dia (kucing hitam/Peon/PA aku waktu tu hahaha) memang jaga aku dengan baik, tapi aku taktahu kenapa ke bendul sangat dia ni, sampaikan aku mandi pun dia nak ikut (scary duh). Awal-awal je macamtu, lepas orang dah ramai kat inasis dia tak buat dah, tapi scary la juga fikir betul-betul kucing ke apa, dah la berbulu semua hitam. Haish.

Kes seterusnya, still di blok D, untuk pengetahuan, blok D amat berdekatan dengan pokok bunga kubur (aku panggil la, taktahu nama scientificnya apa). Pokok besar betul-betul depan pintu sebelum masuk blok D. Bunganya jarang-jarang nak tumbuh dan mewangi sehingga bau sampai ke bilik aku. Hahaha waktu mak aku hantar aku haritu pun bunga tu dah berbunga, meluruh dan mewangi sampai bilik aku, aku buat taktahu je. Tapi tak ada apa pun dengan pokok tu, just bau dia tu mengingatkan aku pada kubur sebab dulu aku dan sepupu amat dilarang mak dan family kerana bunga tu selalu ditanam di kubur. Hahaha.

Next, “tangga cinderella”. Segelintir je familiar dengan tangga ni. Yang tahu, tahu.. Yang tak tahu diam.. Hahaha. Mesti korang tertanya-tanya kan ada apa dengan tangga ni..? Tangga yang paling aku tak suka, sebab apa..? Sebab ia memenatkan. Tapi bila malam ia menyeramkan. Kenapa ya..? Ada satu hari, masa ni aku tengah prepare presentation untuk subjek SAD kot, lupa.. Tapi waktu kejadian memang aku tengah hafal script, around 2 pagi sambil kunyah buah oren dan hot coffee taknak bagi mengantuk. Sambil hafal, sambil practices sambil lihat surrounding itu lumrah kan..? yes, i did. Dan satu saat tu aku terpandang something benda putih dan hitam, kelibat macam seseorang yang sedang menuruni tangga, tak jelas sangat dan bulu aku dah mulai seriau, dek kerana pernah alami kejadian sebelum ni so aku tak sempat nak tengok sampai habis, lalu aku dan laptop slides blah naik ke bilik hahaha. Sekian kisah seram ringkas sem 2.

Sem 3 ni aku aktif sikit, nak cari pengalaman lebih la kononnya nak upgrade diri hahaha maka aku join la Makethon. So, kitorang ada training 1 weeks before competition so setiap ahli group perlu stay UUM selama seminggu untuk training.


Sem 3 ni aku aktif sikit, nak cari pengalaman lebih la kononnya nak upgrade diri hahaha maka aku join la Makethon. So, kitorang ada training 1 weeks before competition so setiap ahli group perlu stay UUM selama seminggu untuk training.

Ada satu masa ni, training sampai malam sebab competition around the corner so kitorang perlu rushing la nak siapkan prototype, kadang tak sempat makan, malam baru nak cari makanan around 12 or 1 am macamtu la (dah lupa) so kedai yang buka waktu cuti sem adalah kedai kat changlun (dalam 30 minit dari UUM), so dalam perjalanan pulang, kami melalui jalan pku dan mata aku memang terarah pada skrin depan kereta kerana fokus pada pemanduan. Tiba-tiba, mata aku terarah pada 2 orang foreigner yang berbaju putih dan berbaju hijau tua tanpa kepala dan aku berselisih dengan mereka allahu mati-matian baca ayat kursi alhamdulillah selamat sampai ke inasis. Setibanya di inasis terus tidur diam membisu tak terkata hahaha. Sekian kisah seram ringkas di Jalan Route C.

(KISAH SERAM DI PUSAT PENGAJIAN)
Waktu aku sem 1, aku memang diwajibkan kelas tutor bersama abang senior yang lain untuk mempertingkatkan lagi pemahaman terhadap subjek tersebut dek kerana subjek itu tidak terlalu senang. Aku tidak sama jadual dengan classmate aku yang lain, jadualku pack waktu yang disarankan so terpaksa aku pergi berasingan dan aku banyak skip kelas TITAS semata-mata untuk join kelas tutor tersebut. Sekiranya aku tidak menghadiri kelas tutor, aku akan dipanggil lecturer. So, selalunya aku akan ke kelas tutor jam 4 hingga 7. Ya, faham sendirilah bila student bertemu guru, sudah tentu banyak je soalan yang ingin ditanya, dan kelas tutor akan tamat jam 7. So, jam 7 setelah habis tutor, aku sorang je yang avail time tu, so jalanlah dari bilik lecturer tingkat 3 (dengan gelapnya) yela, dah pukul 7 malam kan, buat apa buka lampu cerah-cerah bukan ada orang guna pun, jimat.. Hahaha. Walaupun dah berapa kali aku join kelas tutor tapi aku masih sesat jalan nak keluar. Hahaha tup tup jam 7.30 malam still disitu. Dan ada satu masa aku rasa macam ada kelibat manusia yang lalu belakang aku (aku pernah diinform oleh seorang lecturer bahawa bangunan xxx itu tidak selamat jalan sorang tambah-tambah pada waktu malam sebab dia dah pernah kena dia cakap). Aku pun baca ayat kursi dan beredar cepat, yang sesat tadi aku main hentam je tangga mana pun aku turun hahaha teruk kan..?

Dan, sebelum balik, aku singgah solat di surau, dek kerana aku sedar kalau tak solat dulu aku akan terlepas bas, bas akan ada balik jam 8 atau 8.30 malam dan aku pun sedar, aku sorang je kat situ, sebab kalau tak ada program maka tak ada orang la di pusat pengajian di waktu malam. Kelas hanya diwajibkan waktu siang. Setelah usai solat, aku terdengar pula suara perempuan yang ingin menidurkan anak tapi tidak kelihatan. Hanya suara kedengaran. Lalu aku berlalu pergi. Sekian kisah seram ringkas di pusat pengajian).

Tujuan artikel ini ditulis bukan untuk menakutkan, tapi untuk memberi iktibar, janganlah terlalu berani dan untuk memberi kesedaran kepada semua supaya lebih berhati-hati. Saya dah lalui so saya kongsi sebagai pengajaran. Apa yang baik ambillah, yang buruk jadikan pengajaran. Makhluk itu ada, kerana dia juga ciptaan Tuhan, jangan takut pada makhluk kerana Allah swt lah yang maha besar. Sekian.

Published by Umi Madihah

If you create something, you must be something.

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started